Rohafiz Sabar

Rohafiz Sabar
Rohafiz Sabar

Author: DRS Business Class, DRS Research Class, ENKAY Transport Safety, DRS Shoppe & DRS Collection

Thursday 12 December 2013

Bila Stress dengan Supervisor



1. Supervisor yang dimaksudkan ini adalah bukan supervisor di kilang- kilang pengeluaran. Dalam 'karangan' hari ini, supervisor itu didefinisikan sebagai penyelia PhD.

2. Banyak buku menulis tentang superviso
r. Ada yang baru jadi supervisor, ada yang dah pro dalam menyelia pelajar. Secara kebiasannya, hanya supervisor yang mempunyai PhD sahaja yang boleh menyelia pelajar PhD. Cara ini dipraktiskan secara meluas di mana- mana universiti di dunia.

3. Apa pentingnya supervisor? Mudah sahaja. Pandai berbaik dengan supervisor, mudahlah urusan dunia PhD kita. Kita perlu faham rentak supervisor yang telah di lantik bagi tujuan penyelidikan kita.

4. Hari ini, banyak universiti meletakkan dua supervisors bagi setiap calon PhD. Mengapa? Ini dibuat bagi memastikan calon PhD mendapat penyeliaan yang sempurna. 

5. Setelah melalui proses yang panjang dalam buat PhD, kita mula merasakan, supervisor itu antara punca kita stress. Bukannya apa, setiap kali jumpa supervisor ada sahaja yang perlu diperbetulkan. 

6. Keadaan lebih menjadi stress, apabila kita ini, orang pangkat besar ataupun pendapatan gaji kita melebihi supervisor kita. Macam mana sekalipun, kita perlu tahu dan take note bila kita sedang berguru. Wajib tu.

7. Satu hari nanti, selepas PhD itu, tidak akan ada supervisor lagi bagi setiap projek kita. Bila kita lobi projek- projek kerajaan dan swasta, tidak ada lagi orang yang akan membetulkan atau menasihati kita. Kita pula yang jadi penasihat pada polisi dan dasar kerajaan ataupun menentukan untung rugi syarikat. 

8. Kita akan merindui kelibat dan email dari supervisor satu hari nanti. Kita akan tersenyum besar apabila kita melihat kembali thesis yang dibuat bersama supervisor kita itu. 

9. Dan lebih menarik lagi, kita pun terikut- ikut perangai supervisor kita, padahal pelajar kita baru sahaja buat project paper pada peringkat first degree. 

Business Coaching

Business Coaching (1): Bagaimana pilih produk?

1. Dalam ilmu pemasaran konvensional, pemasaran dibahagikan kepada 4p's. Products, Promotion, Place dan Price. Hari ini, ilmu pemasaran diperhebat sehebat dengan ledakan social media, antaranya Facebook

2. Produk merupakan komponen utama dalam business. Produk juga boleh diterjemah dalam bentuk service. Contohnya, maxis. Kita tak boleh pengang maxis (intangible), namun, kita boleh guna khidmatnya.

3. Pemilihan produk bergantung kepada sasaran pasaran kita. Kalau kita jual bahan asas, seperti ayam secara online, kita boleh luaskan pasaran, kerana ramai orang Malaysia (populasi) suka makan ayam.

4. Bagaimana pula, kalau kita mahu menjual produk seperti alat- alat kosmetik, maka, pasaran sasaran itu perlu disegmenkan. Golongan wanita, peringkat umur, kuasa beli pengguna dan banyak lagi.

5. Kita perlu berhati- hati pilih produk dan segmen pasaran. Otherwise, produk kita akan fail. Kita pun boleh jadi tak bersemangat dalam business kita. Biar sikit, tapi, berterusan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan business coaching, pm ataupun email: rohafizsabardr@gmail.com. In sha allah, kita sama- sama bantu membantu memulakan business. 

Saturday 5 October 2013

Simple gift means a lot!









Friday 4 October 2013

Berbuat baiklah pada Ibu bapa

1. Untunglah, ibu bapa dapat anak- anak yang baik. Anak- anak yang mengasihinya tanpa syarat. 

2. Kadang- kadang, ada yang mencuka sekiranya, jika mak dan bapa memberi perhatian lebih. Itulah yang istimewanya, dalam hubungan anak dan ibu bapa. Walaupun, ibu dan bapa, menyatakan, semuanya anak akan di layan sama rata, namun, adalah  tidak mustahil, jika salah seorang dari anak itu, akan jadi spot ataupun terus di hati.

3. Sebagai contoh: anak yang ini mendengar kata, anak itu boleh diharap, anak itu boleh memasak dengan baik, anak itu yang sakit, anak itu bayi. Maka, perhatian dan harapan itu berbeza. Aspirasi itu juga berbeza. Namun, itu adalah normal. 

4. Berbaik- baiklah dengan ibu bapa. Itu adalah pesan Tuhan. Ibu bapa diletakkan ditempat yang tinggi dalam agama.

5. Dalam satu riwayat ada mengatakan, 'siapakah yang mula- mula masuk syurga?
Carilah satu rumah seorang pemuda'.
 Sahabat itu pun pergi ke rumah pemuda, didapatinya ada pemuda itu mempunyai  dua ekor babi. Pemuda itu memandikan dan menjaga dengan baik babi itu. 

6. Sahabat itu bertanya kenapa pemuda islam itu, maka, dijawab: ' babi itu adalah ibu dan bapaku. Tuhan telah menukarkan mereka kepada babi atas balasan kesilapan mereka'.

7. Dalam riwayat yang lain, ada juga mengatakan, siapakah yang patut di hormati dalam hidup sesorang muslim. Maka, hormatilah pertama, ibu. Kedua, ibu. Ketiga, ibu dan Keempat, bapa. 

8. Anak - anak lelaki, syurganya adalah bersama ibu bapa. Anak lelak yang telah berkahwin, nilai ibu dan bapa mertua itu adalah sama dengan nilai ibu bapa sendiri. Anak- anak lelaki dan menantu lelaki, syurganya itu sama, ibu bapa.

9. Anak- anak perempuan yang belum berkahwin, syurganya juga dibawah ibu dan bapa. 

10. Kita akan dimurahkan rezeki, sekiranya berbuat baik dengan ibu bapa. Cuba- cubalah, kita menghulur 1/10 pendapatan kita kepada ibu bapa. Katakanlah: kita bergaji RM1000, RM100 itu kita berikan  pada ibu bapa setiap bulan, in sha allah, rezeki yang lain itu akan datang dari sumber yang tidak disangka- sangka.

11. Semakin banyak kita memberi kepada ibu bapa, semakin murah rezeki kita. Nikmat kegembiraan, nikmat kehidupan, nikmat kebahagiaan dan keberkatan.

12. Adakalanya, ada juga ibu bapa yang demanding. Pejam mata ajalah. Bahagilah apa yang ada.

13. Berbuatlah baik pada ibu bapa, sementara ada. Bukan untuk siapa. Untuk kita jua. Beruntung benar, hidup kita, kalau rezeki yang diperolehi hari ini, dinikmati bersama ibu bapa dan keluarga. 







Friday 13 September 2013

Pelajar dan Kepimpinan

1. Antara satu tugas yang dikira sebagai ' most inspired' berada di Universiti adalah pembangunan pelajar. Bagaimana Universiti itu mentransform ( merubah) pelajar dari zero kepada X- Factor. Kalau dari bahasa biasanya, WOW factor. 

2. Umumnya, pelajar  universiti agak fragile. Kita akan berjumpa, pelajar yang content, tahu apa yang diinginkan dalam hidup, itu tidak ramai. Mereka, secara puratanya muda, berumur 19-  24 tahun.

3. Selebihnya, ianya lebih dari ' mereka adalah tak tahu apa yang dia tak tahu'. Maka, tugas Bahagian Pembangunan Pelajar mengambil tempat. Maka, banyakklah program pembinaan sahsiah, diri, masyarakat dibuat. 

4. Pengaruh pensyarah memainkan peranan utama. Penentuan rakan sebaya penting untuk berjaya dalam bidang akademik ataupun bukan akademik.

5. Dengan lambakan social media, seperti Twitter dan Facebook, maklumat dalam dan luar itu bertebaran. Ada yang pandai, menganalisa terlebih dahulu. Ada yang tidak pandai, terus judge. Ada yang sangat- sangat tidak pandai, terus dimanipulasikan.

6. Adalah satu perkara yang mendukacitakan dari segi output, sekiranya, hasil dari proses pembangunan pelajar, dalam kehidupannya, tidak mengenali bendera negara sendiri. Lebih- lebih lagi, pelajar tersebut bakal pendidik dan pemimpin akan datang. 

7. Apart from political perception, we should be a true nationalist. Learn to be a good citizen.

Selamat Hari Malaysia. Semoga Allah memelihara Malaysia. 

Perempuan dan Susah

1. Sebagai orang perempuan, saya berminat tentang isu- isu wanita. Penderaan rumah tangga, penderaan sexual, ditipu lelaki, cinta sejenis, isu perempuan mencari nafkah, lelaki duduk rumah, isu poligami dan 1001 satu macam lagi kisah pengorbanan perempuan.

2. Seorang Professor di UK pernah menyatakan beliau sudah pergi keserata dunia dan rantau, dia tidak tahu apa rahsia, bila dia melihat perempuan, hatinya tertarik. Tidakkah itu misteri?

3. Rakan- rakan, di dalam Malaysia atau di Barat, puratanya, akan menukar tone bicara, apabila bertutur dengan pelajar perempuan.

4. Sahabat baik saya, resident engineer di satu tempat yang terkenal, berfikir banyak kali untuk pulang ke Kuala Lumpur, apabila mengetahui UUM mempunyai lebih 60 peratus anak- anak dara di universiti itu. Beliau sudah pun beristeri dan anak tiga. 

5. Oleh kerana, Tuhan menjadikan perempuan dengan segala keindahan, maka wajarlah orang perempuan itu dipelihara.

6. Antara salah satu, penghapusan bangsa yang digunakan secara terang- terangan dalam perang, adalah merogol perempuan. Cerita perang Vietnam, masih jelas diingatan, bagaimana penghapusan satu bangsa itu di buat dengan tentera bersenjata merogol wanita Vietnam. Bangsa itu musnah sama sekali. 

7. Orang perempuan mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Tahan susah. Hidup miskin tidak apa, asalkan suaminya tidak menduakannya.

8. Sekiranya diduakan, masih menerima suaminya, asalkan adil. Adilkah lelaki? bila ada dua orang isteri, dari segi emosinya, seorang isteri berumur dekat 50 tahun, madunya, berumur masuk 27 tahun. Tepuk dada tanya iman. Senget bahu para suami apabila mereka tidak mampu berlaku adil dan lebih malang lagi, tidak sempat taubat.

9. Kesanggupan perempuan itu tiada bandingannya. Hargailah wanita dan didiklah dengan sebaik- baiknya. Sekiranya, perempuan itu tidak terdidik dengan baik, maka rosaklah bangsa yang akan datang. 

10. Bagus juga, kalau perempuan tahu nilai diri. Kita perlu tahu, sama ada itu pengorbanan ataupun makan diri. Bertegaslah jika perlu. Berdikarilah agar hidup itu lebih menyakinkan. 

Thursday 12 September 2013

Apabila menjadi examiner

1. Salah satu kerja pensyarah apabila menjadi examiner ( penilai). Kebiasaanya, examiner terbahagi kepada 2:  examiner dalam dan luaran. Apabila pelajar sudah menghantar tesis sarjana atau doctoralnya, maka, tugas examiner mengambil tempat.

2. Kerja menjadi examiner ini sangat kritikal, terutamanya, apabila menilai thesis ataupun kertas projek luar. 

3. Membaca dan menganalisa thesis yang beratus helai muka suratnya bukanlah tugas yang mudah. Tambah lagi, apabila, pensyarah itu memegang jawatan dan mempunyai banyak komitmen lain. Itu belum lagi, komitmen rumah tangga dan peribadinya lagi.

4. Calon Sarjana ataupun  PhD, kebiasaannya, akan di panggil untuk mempertahankan theoretical dan dapatan kajian itu. Kebiasaanya, untuk PhD, puratanya, selama 2 jam setengah.

5. Calon Sarjana atau PhD diberi masa, 20- 30 minit untuk membentangkan hasil dapatan penyelidikan. Sungguh mengujakan, apabila calon sarjana atau PhD itu, bersedia dan tahu keseluruhan  isi kandungan penyelidikannya.

6. Adalah satu ' torture' apabila melihat presentation dari calon PhD atau Sarjana, sekiranya, calon itu tidak bersedia, thesisnya ditulis oleh orang lain, analisa kajian itu dibuat oleh pihak ketiga.

7. Sekiranya kita mendapat examiner yang tidak mahir dalam bidang teknik penyelidikan, itu merupakan satu advantage. Sekiranya, examiner itu mahir dalam bidang statistik, matematik atau research methodology, adalah lebih baik calon, bersiap sedia dengan ilmu itu terlebih dahulu. 

8. Kebanyakkan examiner suka bertanya, what if situation. Kenapa begini? Asasnya? Kenapa guna teknik ini dan banyak lagi.

9. Oleh itu, apabila kita mengarang thesis, pastikan kita tahu apa yang kita tulis. Pastikan setiap patah perkataan itu kita tahu maksudnya. Amalkan 4W 1 H dalam penulisan kita. 

10. Gaya menulis kita perlu teliti. Belajarlah cara menulis dengan baik, sekiranya bahasa lain digunakan. Examiner akan letih membaca, sekiranya nahu dan grammarnya itu terlalu banyak kesilapan. 

11. Pastikan juga thesis itu disusun dengan baik. Dari segi research flow, numbering, topic, sub topic, footnotes, references. 



PhD ( Bahagian 1)

1. PhD bukan untuk semua orang. Hanya yang kuat dan tabah melalui proses PhD akan berjaya. In sha Allah. PhD juga bukan mengukur A++ student. Pelajar dari Oxford dan Cambridge juga struggles dengan penyelidikan PhD. 

2. PhD itu tidak sama dengan projek-projek penyelidikan yang lain. Minda kita akan selalu terfikir- fikir: apa betul kita dilaluannya? Bolehkah PhD ini ditamatkan dalam masanya?. Minda kita akan bekerja tanpa rehat, walaupun kita makin angin di Paris sewaktu Krismas. 

3. Proses PhD itu bermula dari keinginan kita untuk belajar PhD sehinggalah Graduation Day. Oleh itu, kita perlu belajar bersabar dan konsisten.

4. Stress itu adalah biasa. Air mata itu juga biasa. Masalah rumah, kawan- kawan, adaptation, supervisor dan 1001 satu masalah itu adalah biasa. Kita perlu mengajar minda kita untuk ' tenang- tenang ajalah, sabar- sabar sahajalah'.

5. Apabila kita dapat peluang buat PhD, buatlah bersungguh- sungguh. Anggaplah macam kita jadi James Bond dalam ' Do or Die' mission. Orang kampung semua dah tau, rakan sekerja kita pun sudah   Tahu ( laugh).

6. Apa pun jua yang berlaku, objektif kita, dapat PhD. 

Selamat Maju Jaya. 



Tuesday 10 September 2013

Belajar di Luar Negeri

1. Belajar di luar negeri merupakan antara pengalaman yang paling indah dalam hidup. Bagi saya, belajar di luar negeri itu tidaklah begitu susah. Cuma, proses adaptation itu yang mungkin menyusahkan. Kemahiran berbahasa juga memainkan peranan yang penting.  

2. Kurikulum pembelajaran di United Kingdom (UK) lebih mudah. Rata-rata, sekiranya mengikuti pembelajaran dalam kelas, 6- 10 kursus sudah cukup melayakkan mendapatan Master. Di tambah pula, dengan project paper/ thesis selama 6 bulan.

3. Berbanding kurikulum Pengajian Tinggi di Malaysia, minimum 42 jam kredit disyaratkan oleh pihak universiti dan Malaysia Qualification Agency (MQA) bagi membolehkan ijazah kedua dianugerahkan. Ini lebih kurang, 14 kursus perlu diikuti oleh pelajar bagi menamatkan pengajian. Ini belum termasuk, bebanan kertas projek/ thesis. Rata- rata, pelajar mengambil masa minimum  18 bulan untuk menyiapkan kertas project. 

Selamat belajar pada penuntut baru. Score A untuk semua kursus! :)

Monday 9 September 2013

My Rozalina, Monalisa and I



1. Semalam hari jadi kakak sulung saya. 8 September 2013. 

2. As for me, dia adalah wanita yang paling cantik saya pernah jumpa. Wanita yang penuh courage. Wanita yang kuat dan tahan mental. Mungkin ketahanan mental itu diturunkan dengan baiknya oleh arwah bapa saya. 

3. Secara peribadi, saya mengagumi wanita itu. Saya suka memanggilnya ' Monalisa'. Saya suka cerita berkaitan dengan Monalisa. Sehinggalah ke Paris, saya mencari Monalisa. Monalisa itu adalah misteri. Potrait monalisa itu digantung di dinding Lourve Museum. Berjuta- juta orang meminati monalisa. Apa sebenarnya yang ada pada monalisa?



4. Monalisa merupakan potret agung karya Leonardo Di Vincci. Di Vincci adalah pelukis terkenal di zaman King George dan berasal dari Itali. Senyuman misteri Monalisa menjadi ingatan peminat- peminatnya sehingga hari ini. 

5. Monalisa menjadi ikon bagi pengemar- pengemar filem antarabangsa. Salah satu dari cerita yang hebat adalah Monalisa Smile, lakonan Kristin Dunt and Julia Robert. Cerita bagaimana seorang guru art yang dipilih menjadi tenaga pelajar di Wallesley College. Katerine Ann Johnson ( Julia Robert) menjadi guru yang berpengang kepada gerakan liberasi wanita. Wanita selepas perang dunia ke dua, hanya ditugaskan untuk memasak, membasuh dan melayan suami dan keluarga. Hari ini, Barat mengambil inspirasi cerita dan mengangkat wanita setaraf dengan lelaki. 


6. Salah satu skrip yang dilantunkan apabila Kristin Dunt berkata' Look it Mother ( sambil jarinya merujuk kepada gambar monalisa dalam buku teks sekolahnya' She smiles, Is she happy?'

7. Berbalik kepada Rozalina as a main story, I always adore her. Saya percaya dia seorang wanita yang hebat. Wanita yang percaya tentang keupayaan dirinya. 

8. Saya masih mengingati eratnya gengaman ayahanda saya, sewaktu, my sweet sister berucap di atas pentas, pada hari graduation di Universiti Putra Malaysia. 

9. Bukan calang orang yang boleh berdiri dan berucap di atas pentas semasa graduation day. Namun, itulah persona my  rozalina yang ada. 

10. As for me, I really adore you as my great sister. Wishing you all long happiness and love in your life. 

Happy belated birthday to my beautiful sister. I love you. I always have. Infinity. 






Sunday 8 September 2013

Bus di Cranfield University



1. Salah satu isu yang diperjuangkan oleh Cranfield Student Union adalah mobiliti masuk dan keluar pelajar post graduate dan keluarga. Lokasi Cranfield yang 'no where' menjadikan isu pengangkutan menjadi isu perbahasaan setiap kali kempen presiden pelajar baru dipilih. 

2. Umum mengetahui, Cranfield adalah universiti pilihan dan terbaik dalam bidang penerbangan, petroleum dan gas. Sekolah Pengurusannya adalah di antara yang terbaik di Eropah. Umum juga mengetahui, pelajar-pelajar antarabangsa mempunyai latar belakang yang mengagumkan. Adalah biasa, sekiranya kita mempunyai kawan- kawan sekuliah dari Roll Royce, BP, Shell, Airbus dan Boeing. Ada juga yang berpengalaman bekerja di world bank dan sebagainya.

3. Universiti ini adalah universiti penyelidikan yang terbaik di Eropah.  Namun, yang mengisi jawatan penyelidikan itu, puratanya adalah dari luar UK. Oleh itu, kita akan melihat ramai pelajar dan pekerja dari luar UK mempelajari dan bekerja di sini.

4. Hari ini, Setelah lebih 67 tahun ditubuhkan, barulah pihak universiti berani mengeluarkan pelaburan bagi membeli bas untuk kegunaan pelajar, keluarga pelajar dan staf mereka. Bas itu mengantikan bas ' souls' dari operator swasta. 

5. Akhirnya, keluhan pelajar antarabangsa itu didengari setelah bersilih ganti presiden yang dilantik.


 

Thursday 25 July 2013

Niaga di Internet



Kemunculan perniagaan online seperti alibaba.com, mudah.com. mendorong kaki-kaki internet mempelbagaikan aktiviti pelayaran elekronik mereka dengan mendapatkan harga yang kompetatif. Perang harga di laman maya ini menarik ramai minat pembeli untuk membuat pilihan terhadap produk yang diidamkan. Laman maya niaga seperti Amazon.com mempunyai jutaan pelayar setia bagi mendapatkan produk yang besesuaian dengan citarasa mereka.

BerFacebook bukanlah sesuatu aktiviti yang asing bagi masyarakat, malah ianya mampu untuk menjana pendapatan sampingan sekiranya tahu caranya. Facebook merupakan medium interaksi sosial dan dihubungkan melalui ‘friends’. Pengguna boleh mengetahui aktiviti seharian 'Friendsdi mana jua akses internet boleh didapati .  Bagaimana mahu menjana pendapatan melalui Facebook?

Saturday 20 July 2013

PhD dan DBA Bahagian 1

Beza PhD dan DBA

Perlaksanaan program Doctor of Business Administration (DBA) berbeza dengan Doctor of  Philosophy (PhD). DBA dibuat khusus bagi pengamal industri bagi mendalami ilmu berkaitan dengan perniagaan. Program PhD dikhususkan bagi melahirkan penyelidik yang boleh menguasai ilmu penyelidikan dalam apa juga bidang. Sebagai contoh, Research and Development (R&D) memerlukan penyelidik yang mampu membuat inovasi terhadap pembangunan sesebuah produk. Berikut adalah perbezaan di antara Program PhD dan DBA.



DBA

1. Calon DBA didedahkan dengan pelbagai ilmu tertinggi di dalam pengurusan strategi, sumber manusia, kewangan dan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan.
2. Calon DBA perlu menghadiri kelas yang memerlukan 'face to face interaction'. Ini juga termasuk menghadiri seminar, membuat tugasan dan peperiksaan akhir.
3. Dari segi perlaksanaan, kebiasaannya calon DBA akan menghadiri kelas dalam tempoh 2 tahun (Coursework) dan setahun bagi membuat penyelidikan. Cadangan Penyelidikan (Research Proposal perlu disediakan dan dibentangkan.
4. Kos untuk DBA adalah lebih tinggi berbanding program PhD.

PhD
1. Secara puratanya, proses PhD akan mengambil masa sebanyak 3-4 tahun. Ada juga, calon yang berjaya mendapatkan PhD dalam tempoh kurang 3 tahun.
2. Calon PhD disyaratkan untuk mengikuti kelas-kelas penyelidikan (bergantung kepada penyelia)
3. Calon PhD akan mengemukakan cadangan penyelidikan (Research Proposal) dan membentangkan cadangan penyelidikan kepada panel yang dilantik.
4. Calon PhD akan dinilai melalui proses 'Viva' dan thesis. Panel dalaman (Internal Examiner) dan penilai luar (External Examiner) akan dilantik bagi tujuan ini.



Monday 15 July 2013

Master

Bagi yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran di di peringkat Master, ada pelbagai pilihan untuk mendapatkan Ijazah lanjutan/kedua. 

1. MBA- Master of Business Administration (Selain daripada ijazah pertama, kemasukan ke dalam program ini memerlukan pengalaman kerja)
2. MSc- Master of Science ( Minimun setahun pengajian). Jenis master ini terbahagi kepada:
a. Taught Course/ mode:mengikuti semua kursus untuk lulus, tiada penyelidikan
b. Mixed Mode: Mengikuti separuh kursus/ penyelidikan
3. MRes: Master of Research (Fully research)
4. MPhil: Master of Philosophy (Dalam PhD process)
5. Exec- Master: Perlaksanaan sepertu MSc, namun lebih difokuskan kepada pelajar berkerjaya.