Rohafiz Sabar

Rohafiz Sabar
Rohafiz Sabar

Author: DRS Business Class, DRS Research Class, ENKAY Transport Safety, DRS Shoppe & DRS Collection

Friday 13 September 2013

Perempuan dan Susah

1. Sebagai orang perempuan, saya berminat tentang isu- isu wanita. Penderaan rumah tangga, penderaan sexual, ditipu lelaki, cinta sejenis, isu perempuan mencari nafkah, lelaki duduk rumah, isu poligami dan 1001 satu macam lagi kisah pengorbanan perempuan.

2. Seorang Professor di UK pernah menyatakan beliau sudah pergi keserata dunia dan rantau, dia tidak tahu apa rahsia, bila dia melihat perempuan, hatinya tertarik. Tidakkah itu misteri?

3. Rakan- rakan, di dalam Malaysia atau di Barat, puratanya, akan menukar tone bicara, apabila bertutur dengan pelajar perempuan.

4. Sahabat baik saya, resident engineer di satu tempat yang terkenal, berfikir banyak kali untuk pulang ke Kuala Lumpur, apabila mengetahui UUM mempunyai lebih 60 peratus anak- anak dara di universiti itu. Beliau sudah pun beristeri dan anak tiga. 

5. Oleh kerana, Tuhan menjadikan perempuan dengan segala keindahan, maka wajarlah orang perempuan itu dipelihara.

6. Antara salah satu, penghapusan bangsa yang digunakan secara terang- terangan dalam perang, adalah merogol perempuan. Cerita perang Vietnam, masih jelas diingatan, bagaimana penghapusan satu bangsa itu di buat dengan tentera bersenjata merogol wanita Vietnam. Bangsa itu musnah sama sekali. 

7. Orang perempuan mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Tahan susah. Hidup miskin tidak apa, asalkan suaminya tidak menduakannya.

8. Sekiranya diduakan, masih menerima suaminya, asalkan adil. Adilkah lelaki? bila ada dua orang isteri, dari segi emosinya, seorang isteri berumur dekat 50 tahun, madunya, berumur masuk 27 tahun. Tepuk dada tanya iman. Senget bahu para suami apabila mereka tidak mampu berlaku adil dan lebih malang lagi, tidak sempat taubat.

9. Kesanggupan perempuan itu tiada bandingannya. Hargailah wanita dan didiklah dengan sebaik- baiknya. Sekiranya, perempuan itu tidak terdidik dengan baik, maka rosaklah bangsa yang akan datang. 

10. Bagus juga, kalau perempuan tahu nilai diri. Kita perlu tahu, sama ada itu pengorbanan ataupun makan diri. Bertegaslah jika perlu. Berdikarilah agar hidup itu lebih menyakinkan. 

No comments:

Post a Comment