Rohafiz Sabar

Rohafiz Sabar
Rohafiz Sabar

Author: DRS Business Class, DRS Research Class, ENKAY Transport Safety, DRS Shoppe & DRS Collection

Tuesday 25 October 2016

Tips1@PhD VIVA

Pada malam sebelum PhD VIVA, jemputlah selak- selak nota ini. Ianya juga sangat berguna untuk persiapan sebelum tibanya hari VIVA. 

Good Luck! 

http://pages.cpsc.ucalgary.ca/~saul/wiki/uploads/Chapter1/NastyPhDQuestions.html

Sunday 16 October 2016

Doa@PhD

Doa untuk yang sedang belajar dan apa jua yang sedang diusahakan.

Dah masuk dalam dunia PhD, laluilah perjalanan itu dengan 'hati berani 'πŸ˜ƒπŸŠπŸŽπŸ’

Bila kita menulis PhD Thesis



Setelah menempuh dugaan, rintangan, suka duka dalam masa buat PhD, tibalah masanya kita menulis kajian ( thesis) 

.

Penulisan thesis perlu ada novelty. Keunikan dan sumbangan kajian itu diambilkira dalam menghasilkan thesis yang baik.

Rujuk cara menulis kajian dengan membaca thesis:

1. Yang terbaik dalam bidang kita @ dunia 
2. Yang terbaik dalam bidang kita @Malaysia 
2. Yang sedia ada (dalam bidang) dalam jangkamasa 5 tahun sebelum thesis kita dihasilkan
3. Master thesis. Penting supaya kita berjaga- jaga dalam penulisan. 

.
Rujuk sekali dengan PhD thesis: 1. supervisor 
2.pelajar- pelajar di bawah seliaan supervisor. 

Ini penting dalam mengagak (estimate) gaya bahasa penulisan, pemikiran, aspirasi (expectation) supervisor. 

Yang ini, sangat- sangat- sangat penting supaya pemikiran kita selari dengan supervisor 🍎

Semoga berjayaπŸ’

****
email: rohafiz.sabar@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Disebalik kerjaya pensyarah universiti@selepas PhD🍎



Di universiti, ada 5 tugas utama jadi pensyarah universiti

1. Mengajar (Teaching)
2. Menyelidik & menerbit (Research & publication)
3. Menyelia (Supervision)
4. Merunding (Consulting) 
5. Membangunkan potensi manusia (Social service/ talent development)

.

PhD itu cuma buka jalan untuk latih kita jadi penyelidik yang lebih baik.

.

Keseronokkan dan kepuasan berkerjaya mungkin ada di sini. Seronok  mencipta ilmu baru yang boleh memberi manfaat pada dunia. 

Cuba bayangkan ciptaan, idea & method diguna meluas oleh masyarakat, tidakkah dikira sebagai amal jariah yang berkekalan hingga akhirat? 

Jom buat PhD! πŸ…

Adab dengan Guru



Bila kita berguru@sedang belajar, adab dengan cikgu @supervisor perlu dijaga.

Tak kisahlah guru@ supervisor kita itu Melayu ke, Mat saleh ke dan apa juga bangsanya dan agamanya, kita perlu hormat guru itu kerana ilmunya. 

.

Ilmu itu kurang berkat ataupun susah masuk bila kita tak beradap dengan cikgu@supervisor

.

Sebagai contoh, bila kita ada masalah dengan supervisor, diam dahulu. 

Bagi masa untuk diri kita faham cara supervisor kita bekerja/ berfikir/ bertindak etc.

.

Sekiranya, masalah itu tidak selesai, dapatkan pendapat yang adil supaya kita ada alternatif untuk buat keputusan dalam selesaikan masalah. 

.

Bercerita tentang kekurangan cikgu @supervisor di waktu makan- minum, itu tidak bagus. Lagi- lagi, apabila kita bercerita di media sosial i.e. Facebook. 

.

PhD itu mengajar tentang fokus, kematangan & survival dalam hidupπŸŽπŸ“

5 Tips @Writing up


1. Memenuhi syarat- syarat dan keperluan  Universiti. Calon PhD perlu selalu membaca dan mengikut garis panduan guidelines PhD universiti.

2.  Tulislah bab 'Introduction' sebagai bab terakhir. Bab 'introduction' adalah sangat- sangat- sangat kritikal. Tulislah bab 'conclusion' bersama- sama agar ianya lebih selari. 

3. Tahu bila hendak berhenti

Adakah kita terlalu optimistik? Kita perlu menyedari bahawa masa 3 tahun belajar PhD adalah terlalu cepat berlalu. Pastikan objektif,  matlamat dan kaedah penyelidikan serta aktiviti penyelidikan itu selari dengan tempoh 3 tahun.

4. Checking is important

Susun & senaraikan references, footnotes, quotation, appendices etc

5. Bersedia untuk Viva

Dapatkan panduan untuk lebih bersedia dalam menghadapi viva di internet dan buku-buku.

More info: https://www.facebook.com/DRS-Research-Class-591742820988896/

Saturday 15 October 2016

PhD Tips 1



1. Sertailah conference antarabangsa untuk membina network dalam bidang tumpuan. Tak perlu banyak, 1-2 conferences impak tinggi sudah memadai setiap tahun.

2. Tulis dan publish article sewaktu proses PhD. Dengan menulis journal, kita akan mendapat pandangan kedua dari pakar bidang tumpuan. Ianya banyak membantu  dalam proses writing up & VIVA presentation.

3. Buat akaun LinkedIn. Di sini terdapatnya network pakar & professional dalam bidang tumpuan. LinkedIn ini memudahkan calon PhD mencari respondent bagi survey, focus group dsb.

More to come! @drsresearchclass
https://m.facebook.com/drsresearchclass/